
esya: mi, bunyi ape tu?
aku: muzik...
pastu kitaorg jalan lagi....bl bunyi tu benti....
esya: mi, da habis....
alert sgt esya...bukan dgr lagu pon, sekadar melodi...tp die dengar smpi melodi tu habis....terkejut gak aku n hubby.....budak2 mmg senang blaja dengan muzik....aku ada belikan 1 buku lagu....bl smpi umah jek, die akan amik buku tu dan soh aku nyanyi...
esya: mi, eaeao....baba black sheep....1, 2, 3, 4, 5....falling down2x....ding dong bell...
sume lagu tu die ingat sket2...bl aku tgh nyanyi 1 lagu, die sebut lagu lain....
aku: penatla mam, esya...tggula mama habis nyanyi 1 lagu dulu...
die xpeduli pon...huhu...camtula...esya...tp aku tau, mmg esya lebih mudah blaja dgn muzik....
kat taska pon, aku rs esya cepat blaja bc doa coz budak2 kat taska tu bc doa berlagu....pastu ramai2...mmg senangla nak ikut...
kesimpulannya, kanak-kanak akan lebih cepat belajar membaca dan bercakap dengan pendekatan muzik...skang nak ajar anak bc quran pon dengan pendekatan ni...cth: cam buku iqra' tu...budak2 lebih cepat blaja mengaji....
aku amik dr 1 artikel ni:
Melalui pendekatan nyanyian juga didapati bahawa murid mempunyai ingatan yang lebih baik terhadap bunyi sebutan suku kata, di mana murid dapat menyebut dengan tepat sesetengah suku kata. Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa berkenaan. Jordan Rita (1999) pula menyatakan bahawa kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga.






0 comments:
Post a Comment